Agensi Pelancongan Travala.com telah mengumumkan bahawa mereka akan memasukkan token VET (VeChain) sebagai pilihan pembayaran untuk pelancong di platform tempahan mesra kripto mereka. Pengguna kini boleh menggunakan token untuk menempah 2.2 juta kediaman dan hotel di seluruh dunia.
CEO Travala.com, Juan Otero mengatakan: “Di Travala.com, kami berusaha untuk terus menambah nilai kepada pengguna kami. Melalui perkongsian ini, kami berharap dapat terus mempromosikan pertumbuhan penggunaan cryptocurrency dengan membenarkan komuniti blockchain menempah perjalanan dengan VET. “
Yayasan VeChain telah bekerjasama dengan beberapa syarikat sejak akhir-akhir ini, termasuk firma perakaunan dan perundingan, Grant Thornton Cyprus. Matlamat mereka adalah untuk memperluas penggunaan teknologi blockchain dan kripto ke pelbagai industri dalam rangkaian syarikat Cyprus.
Kedua-dua pihak ini telah secara aktif mempromosikan tujuan mereka untuk memperluas penggunaan cryptocurrency melalui perkongsian berharga dan faedah bersama. Travala.com terus memfasilitasi lebih banyak cara bagi pengguna untuk menempah perjalanan dengan cryptocurrency, memandangkan peningkatan selera pengguna baru-baru ini untuk alternatif pembayaran moden dan penyelesaian blockchain berskala, yang akan meningkatkan pendedahan ekosistem VeChain kepada pengguna terus berkembang .
Pendapat Admin Tentang VeChain (VET)
Saya telah mengikuti perkembangan Yayasan VeChain sejak setahun lalu, projek Blockchain Yayasan VeChain telah bermula sejak 2015 lagi dan berkembang pesat terutama di China, S.E.Asia, Eropah, Amerika Utara dan seluruh dunia.
Yayasan VeChain juga bekerjasama dengan banyak syarikat yang menerajui bidang masing-masing seperti Walmart China, Bayer China, BMW, BYD Auto, PICC, H&M, ENN, Shanghai Gas,LVMH, D.I.G, ASI dan sebagainya.
Berdasarkan perkembangan pesat projek mereka ini, saya telah melabur di dalam Yayasan VeChain dan telah setup Portfolio VeChain saya sejak awal tahun ini, average harga unit Vet yang saya beli adalah sekitar USD $0.003/RM0.013 (tak sampai pun Rm0.10sen kan?).
Saya melihat VeChain berpotensi besar dalam masa 5-10 tahun akan datang (sama seperti Portfolio Ripple saya dulu, saya beli XRP masa harga bawah Rm0.10sen juga).
Jika anda juga ingin membina Portfolio VeChain seperti saya, saya boleh bantu anda untuk setup portfolio anda tetapi ingat, ini bukan nasihat kewangan/pelaburan ya!
Klik disini untuk ‘Live Chat’ dengan saya.
Apa pendapat anda?
Tinggalkan komen anda di bawah ini, kami sedia mendengar komen anda.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda, kongsikan trade ideal ini dengan rakan-rakan lain agar mereka juga mendapat manfaat.
“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509]. “
Saya doakan semoga anda menjadi seorang Coiner yang berjaya suatu hari nanti, Insya Allah.
Klik juga :
- Ramai Yang Tidak Tahu Bitcoin Boleh Dibeli Dengan Serendah RM3
- Majlis Penasihat Syariah SC Membenarkan Perdagangan Aset Digital (Kripto)
- Amalkan Ayat 114 Surah Al-Ma’idah, Untuk Dapatkan Rezeki Yang Tidak Putus-Putus
- Kenapa Setiap Trader Forex Perlu Tahu Luminous Daily Roadmap (LDR)
Photo : Travala.com & VeChain