Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, bertemu kembali kita kali ini jom kita sembang pasal token Spark (FLR). Berapa dan bilakah kita semua akan dapat token FLR ini nanti?
Buat masa ini isu ni masih lagi diperbahaskan oleh ikan paus-ikan paus XRP (korang jangan buat tak tau plak apa tu Ikan Paus – Whales)
Seperti mana yang kita tahu pada 12 Disember lalu platform blockchain Flare Network, yang disokong oleh cabang pelaburan Ripple iaitu RippleX telah mengambil gambaran (snapshot) keseluruhan wallet dalam rangkaian blockchain XRP untuk mencari alamat yang mempunyai XRP di bursa crypto dan wallet peribadi yang layak membuat tuntutan. Berdasarkan jumlah yang di retweeted oleh Flare sebanyak 110,259 akaun telah membuat tuntutan untuk token itu, sementara itu sebanyak 23.6 billion XRP telah ditangkap dalam gambaran (snapshot) tersebut dimana sebilangan besarnya adalah di bursa crypto dengan Coinbase, Binance, dan Bithumb mencatat yang terbanyak sementara 30% XRP disimpan wallet persendirian.
Berikut adalah tweet dari Whales XRP
Baca juga : Apa itu Airdrop?
Seperti yang dilaporkan sebelumnya, Flare memutuskan untuk mengedarkan 45 bilion token Spark (FLR) mereka dengan nisbah 1: 1 kepada semua pemegang XRP samada di bursa crypto dan wallet yang telah mengambil bahagian dalam acara tersebut, tetapi ada juga perbahasan lain yang berlaku dalam talian berkaitan dengan nisbah ini. Bitrue dalam posting mereka juga menyatakan bahawa “nisbah pengedaran khusus […] pada masa ini tidak diketahui tetapi kemungkinan lebih tinggi daripada 1: 1,” dan sementara itu ada yang menyatakannya nisbah hampir 1: 1, banyak yang berpendapat nisbahnya lebih dekat dengan 2: 1., seperti mana korang boleh tengok tweet bintang bolasepak terkenal Mohamed Salah (mesti korang tak tahu yang dia ni peminat XRP kan?)
Ntah betul, ntah salah tweet si salah ni tapi ni memang tweet Salah
Menurut Cryptonews.com, mereka telang menghubungi Flare Network untuk dapatkn komen mengenai situasi terkini.
Menurut laman web tersebut, 98 Bursa Crypto menyertai snaphot airdrop Spark, 8 wallet membenarkan tuntutan token Spark, sementara 6 wallet menyokong token tersebut.
Sementara itu dalam tweet Flare ada memaklumkan, “kami sedar bahawa ada beberapa bursa crypto berminat mengeluarkan IOU Spark FLR, ini adalah hak prerogatif mereka,Flare sebagai entiti tidak terlibat dalam hal ini.”
Sementara itu, Flare juga mengingat orang ramai supaya berhati-hati dengan peningkatan skim penipuan (Scam) yang menggunakan token FLR sebagai umpan, Flare memperingatkan bahawa Cryptoverse mereka belum dilancarkan lagi.
Buat masa ini Flare sedang mencipta 100Bil token Spark untuk diedarkan apabila rangkaian blockchain dilancarkan nanti dan ia dijangka berlaku pada Q1-Q2 2021 nanti.
Nahh..sekarang dah jelas kan bila korang akan dapat token Spark (FLR) korang?
Kalau tak Q1,korang akan dapat pada Q2…kalau tak silap saya ia akan dilancarkan secara berperingkat. Sebanyak 15% dari 45bil akan di edarkan pada Q1,2021 dan selebihnya pada Q2,2021.
Jadi, korang takyah duk amik pusing, duk text tanya saya bila nak dapat token FLR ni, korang just buat taktau jer..nati masyuk la tu FLR korang dalam wallet korang..terutama yang newbie, yang 1st time alami peristiwa ‘Hard Fork’ ni.
Sampai kita berjumpa lagi dalam posting akan datang, teruskan menimba ilmu, jangan malas – malas.
Kepada yang tanya pasai kelas Cryptocurrency & Blockchain 101 a.k.a #BeraniCrypto2020, semalam 13/12/2020 last kelas saya buat secara grouping webinar, next kelas grouping tak tau la biler plak, tapi kalau Online Personel Coaching tu saya akan mulakan minggu depan 21/12/2020.
Personel Coaching berbayar ke?
Of course…….manade kelas free, kecuali kalau korang join program-program scammer, memang la nampak free tapi korang sedar yang mereka sedang sedut duit korang sikit sikit tiap tiap bulan.
Korang boleh tengok seminar saya yang lalu kat sini >>>
“Alhamdulillah. Simpanan saya dan duit raya anak anak dalan Bitcoin dan Ethereum mmg berbaloi. Saya bukan investor, saya cuma beli sedikit2 dan simpan. Kita urus duit kita sendiri, tak tahu boleh belajar. Saya sangat rekomen Tuan Mayee Nazrich. Crypto currency terbaik. Dan cara penerangan Tuan Mayee simple dan dia sentiasa berusaha untuk bantu menjawab dan bimbing apa2 yang kita tak tahu.”