Untuk yang pertama dalam sejarah Ethereum, para pelombong Ethereum memperoleh lebih banyak keuntungan hasil dari caj kos gas atau caj transaksi berbanding daripada ganjaran blok pada bulan September lalu.

Menurut The Block Research, situasi ini berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah Ethereum. Para pelombong memperoleh kira-kira USD $172 juta dari yuran bulan lalu dan kira-kira USD $150 juta dari hadiah blok (block reward), menjadikan jumlah pendapatan mereka ini lebih dari USD $320 juta untuk bulan September.

Secara keseluruhan, pelombong Ethereum memperoleh keuntungan 53.4% lebih banyak pada bulan September berbanding bulan Ogos ketika jumlah pendapatan mereka hanya sekitar USD $285 juta. Selain daripda caj bayaran gas/transaksi meningkat bulan lalu, keuntungan ini juga didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam ruang “Kewangan Terdesentralisasi” (Decentralized Finance) atau lebih dikenali dengan DeFi.

Walau bagaimana pun menurut pelacak BitInfoCharts, bayaran gas/transaksi Ethereum telah berkurang awal bulan ini dan bayaran purata semasa adalah sekitar USD $3 bagi setiap transaksi (gas).

Mungkin tak ramai yang tahu pasal DeFi dan bagaimana nak buat keuntungan melalui Defi. Sejak dilancarkan beberapa bulan lalu, pelabur pelabur DeFi telah membuat keuntungan lebih dari 1000%

Insyallah, saya akan kongsikan maklumat pasal DeFi di masa akan datang.

Tapi sebelum ceburikan dalam DeFi, ada harus lah mempunyai ilmu tentang crypto terlebih dahulu.

Sudahkah anda mempunyai Portfolio Crypto?
Jika belum, boleh text admin untuk khidmat nasihat.

error: Content is protected !!