Harga Bitcoin telah meningkat dengan ketara pada tahun 2020 kerana Rizab Persekutuan telah mendorong banyak langkah kontroversial untuk mengurangkan kesan ekonomi wabak pendamik COVID-19, langkah ini telah mendorong tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang kewangan mempertimbangkan crypto sebagai aset pelaburan buat pertama kalinya.

Cryptocurrency

Walaupun jutawan Warren Buffett telah meluahkan perasaannya terhadap mata wang kripto dengan mengatakan bahawa kripto “pada dasarnya tidak mempunyai nilai,” namun Pengasas Bersama Morgan Creek Digital’s, Jason Williams meramalkan bahawa syarikat induk konglomerat multinasional Buffett, Berkshire Hathaway, akan melabur dalam Bitcoin tidak lama lagi. Williams mengatakan bahawa “pengurus muda dan penganalisis” di firma itu akan membuat keputusan untuk membeli BTC, walaupun Buffett tidak menyedari tindakan mereka.

Pengasas dana perlindungan, Tudor Investment Corporation, Paul Tudor Jones, juga masih positif kepada Bitcoin sejak beliau mendedahkan aset kripto adalah sebahagian daripada portofolio mereka pada bulan Mei.

Satu lagi kemungkinan wajah baru dunia kripto ialah pengasas Barstool Sports, Dave Portnoy, yang baru-baru ini bercakap dengan pengasas Gemini Exchanger, Tyler dan Cameron Winklevoss, dengan bantuan saudara kembar ini, Portnoy telah membeli USD $200,000 Bitcoin dan USD $50,000 Chainlink (LINK) di dalam beberapa pembelian crypto pertama Barstool Sports.

Ini adalah sebahagian daripada pelabur Institusi Kewangan yang telah mula menukar strategi pelaburan tradisional mereka kepada pelaburan crypto.

Anda boleh baca juga Laporan Bombshell Menunjukkan 36% Pelabur Institusi Sudah Memiliki Aset Crypto Bitcoin dan Ethereum

Jualbeli Crypto dalam Ringgit Malaysia
Jualbeli Crypto dalam Ringgit Malaysia

Apa pendapat anda?
Tinggalkan komen anda di bawah ini, kami sedia mendengar komen anda.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda, kongsikan trade ideal ini dengan rakan-rakan lain agar mereka juga mendapat manfaat.

Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509].

Jika anda ingin mengikuti perkembangan semasa Crypto, boleh ke Telegram Channel Nattas Bitcoin & Crypto Community atau jika mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Crypto atau ingin belajar mengenai Crypto, boleh lah hubungi admin.

Saya doakan semoga anda menjadi seorang Coiner yang berjaya suatu hari nanti, Insya Allah.

Klik juga :

error: Content is protected !!