lain Akhirnya….
Berita yang di tunggu-tunggu oleh semua Coiner (pengumpul crypto) di seluruh dunia telah menjadi kenyataan, penantian selama 1 dekad ini sangat-sangat berbaloi.
PayPal terpaksa juga mengaku kalah dengan perkembangan Fintech, jika mahu terus kekal sebagai gergasi didalam dunia kemudahan kewangan. Ini merupakan tindakan bijak PayPal bagi menjaga kesetiaan 346j pelanggan mereka diseluruh dunia (data dari E-Web Marketing) agar sentiasa kekal relevan (mungkin PayPal belajar dari sejarah Yahoo.)
Semalam 21.10.2020, PayPal secara rasminya telah memasuki pasaran cryptocurrency, mengumumkan bahawa pelanggannya akan dapat membeli dan menjual Bitcoin dan Crypto menggunakan akaun PayPal mereka, urusniasa ini dapat digunakan untuk membeli barang dari 26 juta penjual yang menerima PayPal, katanya.
Buat masa ini selain Bitcoin, Crypto yang boleh diguna pakai adalah Ethereum (ETH), Litecoin (LTC) dan Bitcoin Cash (BCH). Kesemuanya boleh disimpan “secara langsung di dalam dompet digital PayPal”, kata syarikat itu.
PayPal merancang untuk melancarkan pilihan membeli di AS dalam beberapa minggu akan datang, dengan pelancaran penuh yang akan dikeluarkan pada awal tahun depan.
Harga Bitcoin juga dilihat meningkat naik seiring dengan berita mengumuman ini, harga Bitcoin telah memecahkan halangan USD $12,000 (£9,170) dan menjadikan ianya harga tertinggi untuk tahun 2020 setakat semalam.
Menurut Paypal lagi, Cryptocurrency tetap menjadi kaedah pembayaran khusus, sebahagiannya disebabkan oleh perubahan harga yang cepat yang dapat mereka alami berbanding dengan mata wang fiat yang menjadi mata wang tradisional yang disokong oleh kerajaan setiap negara. Ciri-cini inilah yang menjadikan Cryptocurrency popular di kalangan beberapa jenis pelabur.
PayPal mengatakan ursniaga crypto ini, bertujuan “untuk meningkatkan pemahaman pengguna dan penggunaan cryptocurrency” dikalangan pelanggan mereka bersesuaian dengan perkembangan dunia kewangan sekarang.
“Sebagai sebahagian daripada tawaran ini, PayPal akan menyediakan kandungan pendidikan kepada pemegang akaun untuk membantu mereka memahami ekosistem cryptocurrency,” katanya.
Pembayaran Dengan Crypto
Ada juga firma pembayaran lain, seperti aplikasi Cash’s Square dan Revolut, yang telah menawarkan cryptocurrency untuk dijual, tetapi jumlah pelanggan mereka tidak sehebat PayPal mempunyai salah satu rangkaian pedagang terbesar di dunia yang terdiri daripada bermacam-macam industri, malah hampir semua pemain industri didalam dunia ini menggunakan PayPal sebagai medium pembayaran alternatif. Inilah kekuatan PayPal berbanding dengan firma lain.
Ketika menggunakan urusniaga Crypto, PayPal akan menukar cryptocurrency menjadi mata wang nasional yang relevan, jadi syarikat yang dibayar tidak akan pernah menerima cryptocurrency tersebut – mereka hanya menerima dalam mata wang pound atau dolar yang betul. PayPal mengatakan sistem itu bermaksud akan ada “kepastian nilai dan tidak ada biaya tambahan”.
Kelebihannya disini adalah pihak pembeli, mereka boleh membeli menggunakan cryptocurrency apabila harga cryptocurrency itu mahal dan ini tentu akan menjimatkan mereka.
Mereka seolah oleh mencairkan ‘aset saham’ mereka dengan terus membuat pembelian tanpa perlu melalui proses tradisional yang sedia ada iaitu kena jual dulu saham, kemudian withdraw ke akaun bank dan lepas itu baru dapat guna untuk pembelanjaan…
Lambatkan proses tradisional ni?
PayPal telah diberi kebenaran untuk beroperasi oleh Jabatan Perkhidmatan Kewangan Negeri New York, dalam bentuk “Bitlicence” bersyarat – iaitu lesen pertama seupamannya yang diberikan.
Sebagai permulaan, perkhidmatan ini akan berfungsi dengan penyedia cryptocurrency yang ada di AS, iaitu Syarikat Paxos Trust.
Tetapi ini bukan usaha pertama PayPal dalam syarikat ini.
Firma itu pernah menjadi rakan kongsi dalam mata wang digital kontroversi Facebook Libra, tetapi PayPal juga menjadi yang pertama menarik diri dari pakatan itu, hanya selepas beberapa bulan pakatan diumumkan.
Skim ini kontroversial, menarik perhatian pengawal selia kewangan di beberapa negara lain diseluruh dunia yang menantikan apa out come yang terhasil dari skim ini.
Ok…agak panjangan juga saya menulis kali ini, terima kasih kerana sudi baca sampai kesini…tetapi apa-apa pun penggunaan Bitcoin untuk membayar di PayPal ini tidak akan dilancarkan sehingga “awal 2021”.
Jadi, ini bermakna anda semua masih ada masa lagi untuk menjadi seorang pengguna, pelabur yang bijak dengan memulakan menyimpan atau membuat portfolio crypto anda sekarang sementara masih ada lagi cryptocurrency yang murah-murah yang berpontensi memberikan anda pulangan keuntungan melebihi apa yang pihak bank atau institusi kewangan berikan kepada anda.
Anda boleh tanya pelajar-pelajar dan pelanggan kami, bagaimana mereka boleh mendapat pulangan keuntungan lebih dari 100% setahun dengan hanya menyimpan Cryptocurrency pilihan kami.
Jika anda berminat untuk dapatkan khidmat konsultasi Setup Porfolio Crypto, anda boleh text admin di sini >>>