Selepas kenaikan harga Bitcoin bermula minggu lalu, sehari dua ini kita dapat lihat Altcoins juga sudah mula mengorak langkah mengikut Bitcoin.
Harga Bitcoin akhirnya berjaya membersihkan zon rintangan utama MYR67,000 dan hasilnya kita dapat lihat kenaikan mendadak sehingga melebihi MYR74,800.
Maka, bersyukur lah mereka-mereka yang telah membeli Bitcoin harga mahal masa ATH 2018 dulu. Bila Pakar Kewangan No 1 suruh beli, berebut-rebutlah pi beli Bitcoin biar lah harga mahal giler masa tu..tapi sebab nasihat pakar, beli lah juga…iye
Dan, tak lama selepas itu nak dijadikan cerita harga Bitcoin dan crypto mula merudum ada sehingga hampir -90%, harga Bitcoin dari MYR80,000 jatuh ke MYR13,600 hanya dalam masa beberapa bulan sahaja kerana konspirasi terancang oleh pelabur insitusi yang ketinggalan keretapi tak sempat memiliki Bitcoin semasa harga murah.
Konspirasi yang dibuat itu telah berjaya mewujudkan gelombang ‘Jualan Panik” dikalangan pelabur kecil yang menyebabkan lambakan jualan Bitcoin di pasaran crypto dan berjaya di borong oleh pelabur pelabur institusi. Boleh baca atikel ini > Laporan Bombshell Menunjukkan 36% Pelabur Institusi Sudah Memiliki Aset Crypto Bitcoin dan Ethereum.
Eh! tersembang plak pasal konspirasi ni..ni off rekod ya, untuk bacaan korang jer..
OK berbalik kita pasal harga Bitcoin sekarang ni..
Syukur Alhamdulillah, ramai yang PM/DM saya bagitau yang mereka dah dapat balik modal mereka, dapat gak merasa untung Bitcoin selepas peram aset selama lebih 2 tahun dalam wallet..sib baik ingat lagi password wallet, kalau x ingat..parah gak tu.
Sebenarnya kalau korang beli Bitcoin masa mahal 2 tahun dulu, korang patut top up beli lagi Bitcoin supaya korang dapat untung pada harga break even yang jauh lebih rendah dari masa korang mula-mula beli dulu…jangan biarkan portfolio gitu jer, nanti korang jugak yang merana..tapi nak buat tu la nak buat camne kan, tak tahu cara, takde ilmu.
Dah tau takde ilmu, kenapa tak nak p belajar? Tak nak upgrade diri..nak belanja diri sendiri pun kedekut (jangan marah ya!)
Tak tahu kat mana nak belajar?
Adoii.. saya di Nazrich Wealth Advisors dah buat kelas dan seminar crypto sejak 2016 lagi…tak google latew
Kalau korang berminat nak dapatkan info terkini atau belajar pasal crypto, boleh follow Telegram Channel MyCryptoversity
Nampaknya bukan hanya Bitcoin sahaja yang membuat ‘rally’, altcoin juga turut bersama. Terdapat pergerakan Bullish yang kuat di kebanyakan altcoin utama, termasuk Ethereum, XRP, Litecoin, EOS, XLM, LINK, BNB, TRX, Bitcoin Cash, dan ADA.
Ripple mencatat kenaikan yang ketara iaitu 92%,Waves 63%, Cardano 43%, Litecoin 31%, Stellar 27%, Vet 25%, Ethereum 23.97%, EOS 20% dan banyak lagi kalau saya nak senaraikan di sini.
Tetapi, apakah faktor yang menyebabkan Altcoin turut sama membuat kenaikan?
Disini saya kongsikan sedikit faktor yang menyebabkan kenaikan harga Altcoins.
Yang pertana, dalam keghairahan trend menaik Bitcoin ini juga menyebabkan banyak pelabur mula mencari aset cryptocurrency alternatif (Altcoins) kerana pasaran altcoin juga mengalami peningkatan minat pelaburan yang sama. Secara keseluruhan keseluruhan marketcap cryptocurrency telah melepasi USD $500B mengikut statistik yang diberikan oleh CoinMarketCap.
Yang kedua, secara umumnya kita tahu apabila sesuatu portfolio pelaburan sudah mencapai keuntungan, para pelabur akan membuat pengambilan untung samada keluarkan kesemua keuntungan dan modal atau keluarkan keuntungan sahaja untuk dilaburkan ditempat lain atau buat sedikit self reward beli apa-apa yang di idamkan sekian lama.
Yang ketiga adalah faktor transaksi, caj transaksi Bitcoin menjadi tinggi berbanding matawang fiat walau pun caj dalam BTC kekal sama 0.0002btc – 0.0004btc tetapi apabila ditukar ke matawang fiat ia menjadi tinggi/mahal. Jadi mereka yang ingin membuat transaksi akan tukar (convert) Bitcoin ke altcoins lain terutamanya XRP yang caj transaksinya sangat-sangat murah 0.00001xrp dan sangat-sangat laju, tak sampai 2 saat transaksi dah completed.
Haaa..sekarang dah tau kan kenapa harga XRP naik giler giler?
Ok, stakat ni saya mampu fikir 3 faktor ni saja untuk di kongsikan dengan korang, kalau korang ada faktor lain..boleh lah tulis kat ruangan komen kat bawah ni.
Semoga kita berjumpa lagi di lain posting, harap perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua.
Photo : coinpage
“Terima kasih Sifu Mayee Nazrich…. Sekarang saya sudah ada 3 portfolio bermula dengan ETH lepas itu BTC dan yang baru Ripple… Hanya beli dan simpan… Bila kawan tanya ehh kau ni main bitcoin ke… Tak lah saya beli dan simpan aje… Nanti untung boleh withdraw…. Ehh sah ke… Sah la… by Bank Negara…. Nanti ajar ya…. Begitulah pengalaman saya walaupun tak banyak membeli crypto…. Feel the rise of crypto…. Tq sifoo…!”